A S Y U R O

Sejarah Hari Asyura
Berasal dari perkataan arab ‘asyara‘ bermaksud sepuluh dalam bulan Muharram juga bermaksud hari kemenangan/kegembiraan berdasarkan kejayaan menegakkan keadilan & kebenaran.
Hari Asyura (10 Muharram) menyaksikan banyak sejarah & keajaiban (kemuliaan) berlaku keatas para nabi dan menyebabkan kita menghormati hari tersebut. Antara kejadian besar yang terjadi pada 10 Muharram antaranya :
  • Allah menerima taubat nabi Adam a.s
  • Allah menaikkan darjat nabi Idris a.s
  • Hari berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s
  • Hari kelahiran nabi Ibrahim a.s & diangkat sebagai ‘kholillah’ juga selamat dari api
  • Allah menerima taubat nabi Daud a.s
  • Allah mengangkat nabi Isa a.s ke langit
  • Allah menyelamatkan nabi Musa a.s
  • Allah menenggelamkan Firaun.
  • Allah mengeluarkan nabi Yunus a.s dari perut ikan
  • Allah mengembalikan kerajaan nabi Sulaiman a.s

ada banyak lagi riwayat yang menjelaskan tentang hari Asyura ni.

Hari Asyura juga bermaksud sepuluh kemuliaan yang diberikan kepada umat Islam iaitu :-

  1. Bulan Rajab – kemuliaan kepada hambanya melebihi bulan lain
  2. Bulan Sya’ban-kelebihan nabi Muhammad s.a.w atas semua nabi
  3. Bulan Ramadhan-kelebihan Allah keatas semua makhluk
  4. Lailatul Qadr -lebih baik dari seribu bulan
  5. Aidul Fitri-hari menerima ganjaran
  6. Hari sepuluh (1-10 Zulhijjah)-hari berzikir pada Allah
  7. Hari Arafah-yang berpuasa dapat menebus dosa 2 tahun
  8. Aidul Adha-hari korban
  9. Hari Jumaat-hari paling mulia antara hari-hari
  10. Hari Asyura – puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Setiap waktu adalah kemuliaan yang Allah ta’ala berikan kepada hamba-Nya untuk membersih & menebus dosa-dosa.

Amalan Hari Asyura (10 Muharram 1433 = 6 Dis 2011)

Doa hari Asyura

  1. Mandi sunat  Asyura (“bahwa aku mandi sunat hari asyura kerana Allah ta’ala”)-Allah menjaga/menjauhi penyakit.
  2. Puasa sunat Asyura (“bahwa aku berpuasa esok hari sunat hari asyura karena Allah ta’ala”)
  3. Mengembirakan ahli keluarga– masa/belanja lebih dari biasa, Allah akan meluaskan rezeki sepanjang tahun.
  4. Saling mendo’akan  orang lain (hari Asyura hari yang mustajab berdoa)
  5. Memuliakan fakir miskin-memberi makan/pakaian (Allah menganda 70x disyurga)
  6. Menyapu & mengusap kepala anak yatim (menggembira & menziarahi mereka)-usapan dari belakang ke depan.
  7. Bersedekah– didahului kaum keluarga & orang Islam, pahala digandakan 700
  8. Memelihara kehormatan/kebersihan diri-memakai wangi-wangian, memotong kuku, memakai celak, menahan marah.
  9. Membersih/menghias rumah
  10. Membaca surah Al Ikhlas 1000 kali (selepas sholat subuh hingga terbenam matahari )-Allah akan memandang dgn belas kasihan
  11. Sholat sunat 4 rokaat (bahwa aku sembahyang sunat hari asyura 4 rokaat karena Allah ta’ala). nota : rokaat 1&2, selepas Al-fatihah baca Al-ikhlas 11x.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Menyambung silatulrahim -ziarahi ibubapa, kaum keluarga, orang alim, orang sakit & mengiringi jenazah ke kubur.
  14. Berzikir & sholat-sholat sunat-bermula malam Asyura
SELAMAT BERAMAL

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s